Thursday, July 23, 2009

keranamu lalat



assalamualaikum.. emm..agak lama saya tak menulis dalam blog ini.... ada beberapa kekangan yang menyebabkan saya tak berkesempatan buat post di blog ini....
emmm...kini saya kembali... macam macam terjadi kebelakangan ini...macam macam isu diperkatakan...

emmm....baru baru ni seorang kawan saya diserang denggi... sekarang ni sihat wal alfiat...
denggi ni dibawa oleh nyamuk kan? jadi apa pula penyakit yang dibawa oleh lalat?

emm...kali ni ana nak cerita satu cerita yang mana berkaitan lalat...
keranamu seekor lalat,seorang ke syurga dan seorang ke neraka

dalam satu majlis pengajian Imam Thariq bin Syihab,beliau ada menceritakan satu kisah....
begini kisahnya:

2 orang pemuda ada melakukan pengembaraan.1 hari tu,mereka masuk ke satu daerah yang penduduknya menyembah berhala.kat situ ada 1 peraturan,bagi sesiapa yang memasuki daerah mereka,hendaklah memberikan korban sebagai sembhan kepada berhala mereka.
jika tidak memberikan korban,alamatnya mereka tidak akan keluar dari daerah itu dalam keadaan hidup...

2 orang lelaki itu tidak terlepas dari peraturan itu.
pemuda pertama sangat takutkan kematian.oleh kerana tidak mempunyai apa apa,dia menangkap seekor lalat dan memberikan kepada berhala itu sebagai sesembahan...

manakala lelaki kedua itu tetap dengan aqidahnya...dia tidak akan melakukan korban selain kepada Allah walaupun dengan hanya seekor lalat.baginya,ianya satu bentuk syirik...
akhirnya dia dibunuh...dia mati syahid dalam memelihara aqidahnya...dan masuk syurga

adapun lelaki satu lagi,terus hidup dan dapat meneruskan perjalananya...
namun baru beberapa langkah berjalan,dia digigit seekor ular..akhirnya mati tapi matinya dalam keadaan musyrik..menyekutukan Allah..dan masuk neraka...

inilah kisahnya...keranamu seekor lalat
ada yangke syurga ,ada yang ke neraka... sekian saja untuk kali ini...


*cerita ini terkandung dalam buku 'ketika cinta berbuah syurga'

muncul semula

Friday, February 20, 2009

kisah banjir ARIM



assalamualaikum...
salam pertemuan...
sahabat-sahabat sekalian nampaknya umur kita semakin hari semakin meningkat..

ana sebenarnya kekadang terkenangkan kisah kisah lalu...satu kisah yang anak tak lupa setakat ni ialah bagaimana kawasan rumah ana dilanda banjir besar...masa tu ana cuti akhir tahun nak masuk tingkatan 4....

emmm....habis tenggelam aras bawah rumah ana...alhamdulillah kami sekeluarga masih dapat tinggal di aras atas...macamana pun kami tetap disuruh berpindah...

terima kasih kepada ust. zainal kerana sudi menumpangkan kami di rumah beliau...

ana masih ingat lagi,masa tu mak ana menangis...mak kata banjir ni tidaklah sedashat banjir zaman nabi Nuh a.s. ....

emmm...memang banjir pada zaman nabi Nuh sangatlah dasyat...

emmm...satu lahi kisah banjir yang berlaku pada zaman terdahulu yang orang tak berapa tahu...BANJIR ARIM...haaah..jadi ana ambillah kesempatan ni nak kongsi sikit tentang banjir Arim..ada kaitannya dengan kaum Saba'.

kaum Saba diperkirakan hidup sekitar 1000-750 s.m. dan hancur sekitar 550 m akibat serangan dari Persia dan Arab.sumber tertua yang menyebut tentang kaum saba adalah catatan tahunan kejadian perang yang ditinggalkan pada masa Raja Asyiria Sargon (722-705 SM).

Mereka memiliki angkatan tentea yang hebat.sebuah ungkapan dari komandan tentera saba yang diceritakan dalam al quran menunjukkan rasa percaya diri yang sangat besar yang dimiliki oleh tentera saba.sang komandan berkata kepada sang ratu penguasa saba. "kita adalah orang yang memiliki kekuasaan dan (juga) memiliki kebaranian yang sangat (dalam peperangan),dan keputusan berada di tanganmu,maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan." (naml:33)

.....banjir Arim yang diutuskan untuk Saba....

"sesungguhnya bagi kaum saba ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka iaitu dua kebun di sebelah kanan dan kiri (kepada mereka dikatakan 'makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepadaNya.(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun'. tetapimereka berpaling , maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon)yang berbuah pahit,pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.demikianlah Kami memberi balasan kepada mereka karena kekafiran mereka.dan Kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu),melainkan hanya kepada orang orang yang sangat kafir. (saba:15-17)


sahabat sahabat sekalian,

kaum saba terkenal dengan empangan mereka...

empangan maarib yang telah mereka bangun dengan teknologi yang sangat maju menjadikan mereka sebagai pemilik teknologi pengairan maju waktu itu...


tanah yang subur yang diusahakan mereka menjadikan mereka senang dan mewah...

kemudian mereka berpaling dari Allah dan tidak bersyukur...

sebagai natijahnya,empangan yang mereka sohorkan itu pun runntuh...

banjir Arim memusnahkan tanaman mereka.........


setelah mana banjir arim berlaku...daerah mereka berubah menjadi padang pasir..

kaum saba hilang sumber pendapatan mereka iaitu tanaman mereka...

kesannya,kaum saba mula berpecah...

mereka mulai tinggalkan rumah rumah mereka dan berpindah ke arabia selatan.mekah dan syria.


jadi...sahabat sekalian inilah peringatan dari Allah...

tiada salah kita mengejar kemajuan...asalkan kemajuan itu dibangunkan bersama nilai keislaman...

dalam erti yang lain kita membangun bersama islam....


ok,ini saja yang ana nak kongsi buat kali ini...jumpa lagi..salam


(rujukan ana buku KENAPA ALLAH MURKA oleh MUHAMMAD QAYYUM A.BADARUDDIN)


pst:setelah peristiwa banjir kat kawasan rumah ana tu,barulah ana sedar yang adik ana lagi cekap berenang dari ana...hehehe


Wednesday, February 18, 2009

kepahlawanan sahabat : SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY


assalamualaikum...sahabat sahabat sekalian,apa kata kali ini kita pakat baca kisah seorang sahabat ni...mudahan kita mendapat tempias keperibadian beliau... SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHY termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan. Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan. Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain. Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan mereka dalam perang Badar. Ketika tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya kalian bunuh....” Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan menuduhku melama-lamakan shalat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut mati, nescaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup. Kata mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap. “Bunuh dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak. Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang jua pun!” Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tikaman tombak yang tak terbilang jumlahnya. Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendo‘akan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy. Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini. Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati. Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa. Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit. Sejak itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai sa ‘at itu dia masuk Islam. Tidak lama sesudah itu, Sa id menyusul kaum muslimin hijrah ke Madinah. Di sana dia senantisasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya. Setelah Nabi saw. berpulang ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satuya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keridhaan Allah dan pahala daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad. Kedua Khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan Sa’id sangat berbobot, dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan mendengar dan melaksanakan nasihat-nasihat Sa ‘id. Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan berkata berbeda dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan. Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda kepada urusan kaum muslimin baik yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang Anda dan keluarga sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda dan ke luarga Anda tidak sukai. Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan cacian orang-orang yang suka mencaci.” “Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar. “Tentu orang seperti Anda! Bukankah Anda telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara Anda dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan. Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan. “Hai Sa’id! Engkau kami angkat menjadi Gubernur di Himsh!” kata Khalifah Umar. “Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga Anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata Sa’id. “Celaka Engkau!” balas ‘Umar marah. “Engkau pikulkan beban pemerintahn ini di pundakku, tetapi kemudian Engkau menghindar dan membiarkanku repot sendiri.” “Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan Anda,” jawab Sa’id. Kemudjan Khalifah ‘Umar melantik Sa ‘Id menjadi Gubernur di Himsh. Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?” “Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?” Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang di tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di Himsh. Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan santunan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al- Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa ‘id bin ‘Amir yang kalian cantumkan ini?” “Gubernur kami! “jawab mereka. “Betulkah Gubernur kalian miskin?” tanya khalifah heran. “Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan. Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi jenggotnya. Kemudian beliau mengambil sebuah pundi-pundi berisi uang seribu dinar. “Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gubernur Sa’id bin ‘Amir. Dan uang ini saya kirim kan untuk beliau, guna meringankan kesulitan-kesulitan rumah tangganya” ucap ‘Umar sedih. Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gubernur Sa’id, menyampaikan salam dan uang kiriman Khalifah untuk beliau Setelah Gubernur Sa ‘id melihat pundi-pundi berisi uang dinar, pundi-pundi itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).” Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa ‘Id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?” “Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya Isterinya pula. “Jauh lebih besar dri itu!” jawab Sa’id tetap sedih. ‘Apa pulakah gerangan yang Iebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar. ‘Dunia telah datang untuk merusak akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,’ jawab Sa’id mantap. “Bebaskan dirimu daripadanya! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya pundi pundi uang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk pri badi suaminya. “Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa ‘id. ‘Tentu...;! “jawab isterinya bersemangat. Maka Sa’id mengambil pundi-pundi uang itu, lalu disuruhnya isterinya membagi-bagi kepada fakir miskin. Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke Syria, mengininspeksi pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau. menyempatkan diri singgah di Himsh Kota Himsh pada masa itu dinamai orang pula “Kuwaifah (Kufah kedil)”, kerana rakyat nya sering melapor kepada pemerintah pusat dengan ke1emahan-kelemahan Gubernur mereka, persis seperti kelakuan masyarakat Kufah. Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat mengeluelukan beliau, mengucapkan Selamat Datang. Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian Saudara-Saudara terhadap kebijakan Gubernur. “Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat. “Saya akan pertemukan kalian dengan Gubernur kalian,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.” Maka tatkala semua pihak—iaitu Gubernur dan masyarakat—telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Bagaimana laporan sau dara-saudara tentang kebijakan Gubernur Saudara-sau dara?” Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Juru Bicara. Pertama: Gubernur selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi. “Bagaimana tanggapan Anda mengenai lapor’an rakyat Anda itu, hai Sa ‘id?” tanya Khalifah. Gubernur Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy diam sejenak. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya saya keberatan menanggapinya. Tetapi apa boleh buat.. Keluarga saya ti dak mempunyai pembantu. Kerana itu tiap pagi saya terpaksa turun tangan membuat adonan roti lebih dahulu untuk mereka. Sesudah adonan itu asam (siap untuk dimasak), barulah saya buat roti. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk melayani masyarakat.” “Apa lagi laporan Saudara-saudara?” tanya Khalifah kepada hadirin. Kedua, Gubernur tidak bersedia melayani kami pada malam hari.” “Bagaimana pula tanggapan Anda mengenai itu, hai Sa’id?” tanya khalifah. “ Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya menanggapinya, terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa ‘id. “Saya telah membagi waktu saya, siang hari untuk melayani masyarakat, malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah,” lanjut Sa ‘id “Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin. Ketiga: Gubernur tidak masuk kantor sehari penuh dalam sebulan. “Bagaimana pula tanggapan Anda, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar. “Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badan ku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Said. ‘Nah, apa lagi laporan selanjutnya?” tanya Khalifah. Keempai: Sewaktu-waktu Gubernur menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu, biasanya beliau pergi meninggalkan majlis.” “Silakan menanggapi, hai Gubernur Said!” kata Khali fah ‘Umar. “Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin ‘Ady dihukum mati oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib berkeping-keping. Pada waktu itu mereka bertanya mengejek Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri ...“ ‘Demi Allah...!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa , di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah swt.” Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘U mar mengkahiri dialog itu. Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gubernur Sa’id seribu dinar untuk memenuhi kebutuhannya. Melihat jumlah uang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’jd, “Segala puji bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin uang ini kita per gunakan untuk membeli bahan pangan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita.” “Adakah usul yang lebih baik dan itu?” tanya Sa’id kepada isterinya. “Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya. “Kita bagi-bagikan saja uang ini kepada rakyat yang membutuhkannya. Itulah yang lebih baik bagj kita,” jawab Sa’id. “Mengapa....?” tanya isterinya. ‘Dengan begitu berarti kita mendepositokan uang ini kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said. “Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.” Sebelum mereka meninggalkan majlis, uang itu dimasukkan Sa ‘Id ke dalam beberapa pundi, lalu diperintah kannya kepada salah seorang keluarganya: ‘Pundi ini berikan kepada janda si Fulan. Pundi ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin... dan seterusnya.” Semoga Allah swt. meridhai Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Dja telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dan segala-galanya. Amin!!!

pst:emmm.........

Wednesday, February 11, 2009

exam oh exam

assalamualaikum

sihat semua?untuk kali ni ana cuba masukkan post ana yang pernah ana masukkan dalam blog ana yang lain...blog tu ana dah tak usik dah...lagipun blog tu masa ana belajar nak guna blog....

Assalamulaikum..jumpa lagi..Alhamdulillah,masih ada kesempatan bagi ana untuk menulis dalam blog ana ini.Mungkin penulisan ana tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan sahabat – sahabat yang lain.
Baiklah, sekarang ini di tempat pengajian ana (universiti putra Malaysia), para pelajar sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan..almaklumlah musim exam final sem. Ana pun adalah membuat sedikit sebanyak persediaan untuk menghadapi peperiksaan..ada subjek yang perlu lebihkan ulangkaji,ada yang nak tak nak kena hafal terutamanya dalam dalam subjek mikrobiologi dan biologi sel molekul, ada yang cukup sekadar baca sekali imbas kita dah faham contohnya subjek tamadun islam dan asia. Dan orang – orang yang prestasi akademiknya yang tak seberapa macam ana ni,kalau study main-main,alamatnya result pun tak lah seberapa.
Ana sebenarnya tertarik melihat gelagat kawan –kawan ana dan termasuklah ana sendiri ketika nak memasuki dewan peperiksaan. Bayangkan, lebik kurang 30 saat lagi nak masuk dewan, kita sempat lagi membaca nota-nota pelajaran.Ada yang boleh habiskan membaca 3 mukasurat buku dalam masa seminit..sekali scan dah dapat cover 3 mukasurat buku.Hebat!Kalau seingat ana Imam Syafi’e,kalau buka buku,dia boleh baca dan faham kedua-dua muka surat dalam masa yang sama..jadi,kita pun lebih kurang imam syafi’e lah ya.tapi,yang peliknya,kita bersungguh nak baca nota,rujuk buku bila dah nak masuk dewan..masa study week tak ada la kita pulun nak baca buku.Emm..macam macam .Ana pun kekadang begitu jugak,maklumkan preparation tak seberapa.
Ana sebenarnya teringat la apa yang ana baca dalam buku Nota Kepada Diri karya seorang ulama’ tanah air..buku itu banyak mengingatkan kita supaya membuat persediaan yang sangat rapi untuk kita menghadapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.di akhirat,kita juga ada test,ada exam..kita akan ditanya dengan berbagai-bagai soalan..bagaimana dengan usia kita?apa yang kita buat semasa di dunia?solat kita?..tanya balik iman kita,adakah kita bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini..pada masa itu,tiada kesempatan untuk kita berbohong..kalau exam di dunia,ada juga yang cuba- cuba meniru..tetapi di akhirat sana semuanya berlaku jujur..pengadilan Allah sangat- sangatlah teliti..dalam surah yang orang selalu baca pada malam jumat,surah Yaasin ayat kelima,Allah berfirman´Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.’
Tangan dan kaki kita menjadi saksi atas apa yang kita kerjakan.Mereka tidak akan berbohong.Dalam buku yang ana baca tu ,ada menerangkan banyak lagi saksi yang akan datang untuk menceritakan perbuatan kita.
Sahabat-sahabat sekalian,bahkan di dalam kubur itu sendiri kita akan diajukan dengan 5 macam soalan.soalan-soalan ini dah lama bocor.ma rabbuka?soalan yang pertama.adakah kita mampu menjawab oral test ini antara kita dan malaikat.ada yang mengatakan,kami tak tahu berbahasa arab,macam mana nak jawab.ada yang mengatakan,apa susah hafal saja jawapannya,nanti senang nak jawab..baiklah sebenarnya persoalan-persoalan ini mampu dijawab dengan baik oleh orang yang bertakwa.orang yang mana hidupnya di dunia banyak ingatkan Allah,banyak beramal,buat kerja agama..
Baiklah, sahabat sekalian EXAM OH EXAM sebenarnya ingin mengajak kita untuk menyedari akan peperiksaan yang akan kita tempuh..dalam mana kita sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan akademik dan sebagainya,janganlah kita lupa untuk turut bersedia menghadapi peperiksaan di dalam kubur dan di akhirat kelak..persediaan dan bekalan yang terbauk adalah persediaaan dan bekalan taqwa.ok ,insyaallah jumpa lagi. Selamat berjaya dalam pelajaran dan peperiksaan
“timang tinggi- tinggi, sampai cucur atap, belumtumbuh gigi , sudah pandai baca kitab”
Syair al-Mutannabi ”tempat duduk yang paling baik di dunia adalah pelana kuda dan teman yang paling baik sepanjang zaman adalah buku”

Sunday, February 8, 2009

BULAN SAFAR

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

sumber ana:pelita brunei





pst:ana kadang2 konfius dengan perkataan khurafat dan kafarat.

Tuesday, February 3, 2009

a sMs frOM akHi SyawAL...

ASSALAMUALAIKUM...
Salam sejahtera,salam persaudaraan,salam kemuliaan......



i know

u r
so-so
b-u-s-y
but...
take
3 seconds
to...



zikir to Allah

subhanallah...


alhamdulillah...


allah akbar...




emmm...
inilah mesej yang ana dapat dari akhi syawal.kalau tak silap ana dapat mesej ni masa ana kat library...

sebenarnya ana bukan nak cerita siapa tu akhi syawal...
cuma yang pasti dia seorang yang baik...
ana pun tak nak sembang apa itu sms...
cuma yang ada benarnya sms ni memudahkan komunikasi pada masa kini...

sebenarnya ana sentuh tentang kandungan sms yang akhi syawal kirimkan tu...

terima kasih akhi syawal..

antum ingatkan ana supaya ingat Allah walaupun dalam keadaan busy...
antum ingatkan ana supaya banyakkan zikrullah...

ya,
memang betul kita kekadang sibuk dalam pekerjaan kita..
kadang2 ia membuatkan kita lupa akan Allah..
kadang2 gak kita rasa berat nak zikir kepada Allah...

emmm....
kalau nAK dikutkan,
zikir ni adalah satu sarana tazkiyah jiwa...
memberikan impak yang besar bagi sesapa yang melaziminya....
jiwa akan tenang jika senantiasa menyebut asma' Allah..

orang yang bertaqwa..
bila mana terlanjur membuat salah...
mereka terus saja ingat akan Allah..
dalam surah al a'raf ayat 201"sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah,ketika itu uga mereka melihat kesalahan - kesalahannya."

zikir memiliki darjat yang tinggi..
ianya makanan rohani...
ianya satu bentuk ibadah HATI DAN LISAN ...
ianya tidak mengenal waktu..
boleh saja melakukannya bila2 masa dan di banyak tempat...

Hassan al Basri ada kata "carilah kenikmatan dalam tiga hal: dalam solat,zikir,dan dalam membaca al quran.jika kalian merasakan kenikmatan
itu,bererti pintu Allah taala terbuka,tetapi jika kalian tidak merasakannya,maka ketahuilah bahwa pintu itu tertutup"

emmm...
macam- macam zikir ini sebenarnya..
dalam kitab tazkiyah karangan ust.cahyadi takariawan dan ust. ghazali mukri...
pertamanya,
zikir dengan cara membaca,memuji dan menyanjung nama nama Allah dan sifat sifatnya...seperti membaca subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar...

keduanya,
ingat Allah dengan segala asma' dan sifat sifat Nya,seperti Allah Maha Mendengar,dengan ini kita lebih berhati2 dalam kelakuan kita....

ketiga,
ingat akan suruhan Allah dan larangan Allah,
contohnya ingat bahawasanya Allah suruh kita taat kepada ibu bapa,
dan Allah melarang kita mendekati zina.....

keempatnya,
ingat akan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan...

sahabat-sahabat...
ada banyak manfaat dari zikir ni..
antaranya:
1)menguatkan hati dan badan,menerangi wajah dan mendatangkan rezeki
2)dapat mewariskan muraqabatullah(pengawaan Allah)
3)hati jadi hidup
4)hati jadi bersih dari noda dan maksiat
5)lidah yang selalu berzikir akan terhindar dari maksiat lidah seperti ghibah
( mengumpat)

jadi...
tepuk dada tanya iman...
jom ZIKIR....

OK,jumpa lagi..
maaf jika salah dan silap...


pst: akhi syawal lahir sehari sebelum ana.ana lahir pada pagi 1 syawal...