assalamualaikum
sihat semua?untuk kali ni ana cuba masukkan post ana yang pernah ana masukkan dalam blog ana yang lain...blog tu ana dah tak usik dah...lagipun blog tu masa ana belajar nak guna blog....
Assalamulaikum..jumpa lagi..Alhamdulillah,masih ada kesempatan bagi ana untuk menulis dalam blog ana ini.Mungkin penulisan ana tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan sahabat – sahabat yang lain.
Baiklah, sekarang ini di tempat pengajian ana (universiti putra Malaysia), para pelajar sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan..almaklumlah musim exam final sem. Ana pun adalah membuat sedikit sebanyak persediaan untuk menghadapi peperiksaan..ada subjek yang perlu lebihkan ulangkaji,ada yang nak tak nak kena hafal terutamanya dalam dalam subjek mikrobiologi dan biologi sel molekul, ada yang cukup sekadar baca sekali imbas kita dah faham contohnya subjek tamadun islam dan asia. Dan orang – orang yang prestasi akademiknya yang tak seberapa macam ana ni,kalau study main-main,alamatnya result pun tak lah seberapa.
Ana sebenarnya tertarik melihat gelagat kawan –kawan ana dan termasuklah ana sendiri ketika nak memasuki dewan peperiksaan. Bayangkan, lebik kurang 30 saat lagi nak masuk dewan, kita sempat lagi membaca nota-nota pelajaran.Ada yang boleh habiskan membaca 3 mukasurat buku dalam masa seminit..sekali scan dah dapat cover 3 mukasurat buku.Hebat!Kalau seingat ana Imam Syafi’e,kalau buka buku,dia boleh baca dan faham kedua-dua muka surat dalam masa yang sama..jadi,kita pun lebih kurang imam syafi’e lah ya.tapi,yang peliknya,kita bersungguh nak baca nota,rujuk buku bila dah nak masuk dewan..masa study week tak ada la kita pulun nak baca buku.Emm..macam macam .Ana pun kekadang begitu jugak,maklumkan preparation tak seberapa.
Ana sebenarnya teringat la apa yang ana baca dalam buku Nota Kepada Diri karya seorang ulama’ tanah air..buku itu banyak mengingatkan kita supaya membuat persediaan yang sangat rapi untuk kita menghadapi kehidupan di akhirat yang kekal abadi.di akhirat,kita juga ada test,ada exam..kita akan ditanya dengan berbagai-bagai soalan..bagaimana dengan usia kita?apa yang kita buat semasa di dunia?solat kita?..tanya balik iman kita,adakah kita bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini..pada masa itu,tiada kesempatan untuk kita berbohong..kalau exam di dunia,ada juga yang cuba- cuba meniru..tetapi di akhirat sana semuanya berlaku jujur..pengadilan Allah sangat- sangatlah teliti..dalam surah yang orang selalu baca pada malam jumat,surah Yaasin ayat kelima,Allah berfirman´Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.’
Tangan dan kaki kita menjadi saksi atas apa yang kita kerjakan.Mereka tidak akan berbohong.Dalam buku yang ana baca tu ,ada menerangkan banyak lagi saksi yang akan datang untuk menceritakan perbuatan kita.
Sahabat-sahabat sekalian,bahkan di dalam kubur itu sendiri kita akan diajukan dengan 5 macam soalan.soalan-soalan ini dah lama bocor.ma rabbuka?soalan yang pertama.adakah kita mampu menjawab oral test ini antara kita dan malaikat.ada yang mengatakan,kami tak tahu berbahasa arab,macam mana nak jawab.ada yang mengatakan,apa susah hafal saja jawapannya,nanti senang nak jawab..baiklah sebenarnya persoalan-persoalan ini mampu dijawab dengan baik oleh orang yang bertakwa.orang yang mana hidupnya di dunia banyak ingatkan Allah,banyak beramal,buat kerja agama..
Baiklah, sahabat sekalian EXAM OH EXAM sebenarnya ingin mengajak kita untuk menyedari akan peperiksaan yang akan kita tempuh..dalam mana kita sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan akademik dan sebagainya,janganlah kita lupa untuk turut bersedia menghadapi peperiksaan di dalam kubur dan di akhirat kelak..persediaan dan bekalan yang terbauk adalah persediaaan dan bekalan taqwa.ok ,insyaallah jumpa lagi. Selamat berjaya dalam pelajaran dan peperiksaan
“timang tinggi- tinggi, sampai cucur atap, belumtumbuh gigi , sudah pandai baca kitab”
Syair al-Mutannabi ”tempat duduk yang paling baik di dunia adalah pelana kuda dan teman yang paling baik sepanjang zaman adalah buku”
Kisah Keikhlasan Daie Super
11 years ago
No comments:
Post a Comment