Friday, January 9, 2009

keNA amBIL tAhu.....

Assalamualaikum...salam sejahtera,

sedap jugak ayam goreng yang ana makan tadi....
lepas makan ana bergegas nak g solat jumaat....naik bas
emmmm....
khutbahnya pasal education at school....
ha...
lepas solat,ada pengumuman....
"kita akan adakan solat sunat hajat untuk kesejahteraan umat islam palestin khususnya
dan umat islam seluruh dunia amnya" lebih kurang gitulah imam yang masih muda tu buat announcement....

ramai2 bangun...
orang2 timur tengah dan orang afrika ramai gak yang turut serta....

ya memang btul!!
sekarang ni umat islam di palestin menghadapi serangan jahat yahudi...
mereka ditembak...bangunan mereka dirobohkan...

kawan kawan,
mengapa kita perlu kisahkan tentang keadaan mereka...
sekali lagi tepuk dada tanya iman kita...

emmm...
isu palestin sama dengan isu umat islam sejagat..
di situlah letaknya masjid al-Aqsa...
kiblat pertama umat islam....
isra' mikraj pun ada berlaku di situ....
sememangnya merupakan masjid kedua dibangunkan di muka bumi ini...
dan ketiga suci di sisi Allah....

jom...
pakat semak sirah nabi2 terdahulu..
Nabi Ibrahim ,Nabi Sulaiman, Nabi Daud,Nabi Musa,Nabi Isa antara nabi yang diutuskan ke bumi suci ini....
mereka dihantar untuk menggerakkan dakwah..
ajak orang menyembah Allah...

bangsa Yahudi, Rom, dan Parsi pernah silih berganti menjajah bumi ini....
sehinggalah Umar al Khatab r.a. dapat menawannya...
Umar al khatab r.a. mengiytiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik uamt islam sehingga akhir zaman....
begitu berani Umar al Khatab r.a.

palestin selepas itu...
dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan islam....
begitulah untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12...
tentera salib menodainya...

Ketangkasan tentera pimpinan Solahuddin al ayyubi berjaya menawan semula bumi ini...
seorang wira berbagsa Kurdi,Solahuddin...
digeruni lawan,dihormati kawan.....

jadi,kawan kawan...
tidakkah kita merasa isu palestin ini isu kita semua..
isu melibatkan diri ana dan diri anda...

banyak lagi kronologi2 kisah bekaitan palestin ini....
bertanyalah kepada sumber yang sahih...

kawan kawan...
setakat 7 januari 2009 jam 1.38 tengahari waktu malaysia....
660 umat islam palestin terbunuh....
beribu ribu cedera....
semuanya angkara yahudi yang direstui amerika syarikat....
yahudi tak hiraukan bantahan dunia...
seolah merekalah yang menguasai dunia...

rumusan hasil persidangan organisasi organisasi islam di mekah pada 6 hingga 10 april 1974,
zionisme didefinisikan sebagai satu fahaman gerakan politik ras yang percaya bahawa ras yahudi adalah yang palin tinggi darjatnya di muka bumi ......
manusia bukan yahudi adalah ibarat binatang yang bolek dipekudakan sebagai lyanan zionist...
gerakan ini bercita2 menguasai seluruh dunia....
israel mahu dijadikan pusat penguasaan.....

idea expansionisme...
satu idea mereka untuk melebarkan pengaruh higga ke madinah al munawwarah...
bani nadhir dan bani quraizah didakwa sebagai nenek moyang mereka yang pernah menghuni di situ....

the world zionist organization....
mendalangi program2 perjuangan seperti tercatat dalam the protocols of the zions...
hasil daripada kongres pertama zionist di basle,switzerland tahun 1897....

zionist juga bermatlamat menguasai wilayah2 arab...
mereka ingin menjadi the greatest world power on earth seperti didakwa ada dijanjikan dalam kitab thalmud dan dalam the protocols....
pax judaeica itulah sasaran mereka.....

aahhh..
emmm...
ayuh....
doakan umat islam di palestin...
sumbangkan mana yang termampu...
mungin boleh belajar2 memboikot yahudi...

ok,azan dah dilaungkan...
kena gi solat dulu...maaf salah silap...
wassalam...











pst: banyakkan selawat di hari jumaat....

Thursday, January 8, 2009

BANGUN DAN BERSEDIA

Assalamualaikum…salam perpaduan..

Bangun dan bersedia
Menjunjung hasrat pertiwi
Tekun biar jaya
Tercapai cita mulia

Sanjung lambang suci
Supaya aman abadi
Pandu rukun murni
Belajar dan berbakti

Mari curahkan jasa
Membentuk sekolah kita
Mari satukan kuasa
Menjaga nilai bangsa

Sanjung lambang suci
Supaya aman abadi
Pandu rukun murni
Belajar dan berbakti


haha...ni lagu sekolah ana dulu......

Syukur , ana masih diberi nikmat nyawa pada saat ini.
Ana boleh lagi bangum,duduk,minum air,dan menulis untuk blog ini…

Ana teringat zaman sekolah dulu…
Bila cikgu masuk kelas, ketua kelas akan melaungkan…
“semua bangun” “assalamualaikum cikgu”……….semua budak dalam kelas bangun..
tanda hormat kepada cikgu.

Dan ana teringat jugak masa kat sekolah dulu,kat hostel…
Bila azan subuh dilaungkan….
‘Allahuakbar,Allahuakbar’….kebanyakan budak bangun…
Ada yang bergegas bersiap ke masjid untuk berjemaah…
Ada gak yang sambung tidur selepas azan tamat...
emm...bangun just nak hormat azan je...
emm...macam2..
ana pernah gak sekali sekala,ambil hanger..ketuk2 katil ngan hanger tu...
gerak diorang bangun subuh....
"teng,teng,teng"bising dorm jadinya...semua bangun ingatkan warden datang...
hehehe....

ana teringat gak..kadang2 pelajar bangun ramai2..sebab ada qiamullail...
biasanya time2 nak exam ada la dianjurkan qiamullail...

ana saje je sentuh bab qiamullail ni...
sebab ianya satu yang nafilah (ibadat tambahan)..
bukan kewajipan..
dek kerana ini lah...ramai orang yang melupakannya..
ana pun kekadang rasa berat nak melakukanya...
sebab tak tahu atau tak memahami nilai di sebalik solat malam ini...

solat malam merupakan satu sarana tazkiyah jiwa (pembersihan jiwa)..
dalam sirah,Rasulullah dan para sahabat menjadikan solat malam sebagai modal pembinaan diri yang berterusan
dalam diri mereka..ada kenikmatan ketika solat malam..

"seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialahpuasa sunat di bulan Muharram,seutama-utama
solat sesudah solat fardhu ialah solat sunat di waktu malam"(hadith riwayat Muslim)

jadi,ayuh....
kita semua pakat bangun......
hehehehe...
kita berqiamullail..
kita cuba berjinak2 dengan ibadat ini..
tanya ustaz,rujuk sumber yang sahih tentang kaifiat qiamullail...

kawan kawan,
mungkin kita kekadang terlepas untuk solat malam,
tak terjaga dari tidur...
emmm...
pakat2 la kita doa agar Allah istiqamahkan kita dalam berqiamullail....

ok...mungkin ini saje untuk kali ini...tegur ya mana yang silap...jumpa lagi..
wassalam...



pst:kadang2 ana rasa cam nak curi duduk je masa perhimpunan kat sekolah dulu..penat berdiri..hehe


hehe...adik ana tengah ambil hadiah pada majlis khatam quran..
kadang ana suka geletek kaki dia masa nak bagi di bangun dari tidur.....

Wednesday, January 7, 2009

malam-malam mencari CINTA

Assalamualaikum......salam sejahtera

emmmm...
jumpa lagi...
masa ana duk bersama laptop ana ni (laptop kakak ana asalnya), hari dah nak gelap..dalam erti kata lain hari dah nak malam..

emmm..apa nak buat malam ni ya...

sesetengah orang,ada yang kerja waktu malam...contohnya pak guard..sesetengah orang waktu malam digunakan untuk beistirehat bersama keluarga...dan ada sesetengah orang waktu malam dia gunakan untuk lepak bersama kawan2....dan ada sesetengah orang waktu2 malam ni la masa diorang nak buang tabiat....

oopppss!!!buang tabiat?

ya la,
kawan ana ada cerita dan ana pun ada baca majalah tempatan pasal malam2 ni ramai orang yang buang tabiat...

sorry la kot....
kalau kat bandar2 besar,sesetengah orang tanpa segan silu pergi ke tempat2 yang tak berapa senonoh...emmm....misalnya g CLUBBING...

ana asalnya tak tahu apa itu clubbing...ingatkan join aktiviti kelab atau persatuan...
rupa2 nya kawan ana cakap.clubbing tu tempat orang terkinja2,dan buat benda tak berfaedah la

mintak2 la kita jauh dari benda2 macam tu....

kawan kawan,
ana pernah dengar cerita dan ana pun pernah baca cerita Asshahid imam Hassan Al Banna,seorang penggerak dakwah di Mesir pernah masuk disko...

apsal seorang pendakwah nak masuk disko lak?
jangan salah anggap...

sebenarnya ashahid masuk ke situ,dia buat benda kebaikan....dia ajak orang tinggalkan kemungkaran....

asshahid masuk ke disko,beliau minta izin pengurus disko untukkan stopkan muzik dan izinkan beliau berucap dalam beberapa minit...

''kalian adalah penghuni syurga'' kata asshahid kepada pengunjung disko.mungkin pelik bunyinya.orang yang bergaul laki pompuan,menari sana menari sini,mendedahkan aurat dikatakan penghuni syurga.....


''kalian adalah penghuni syurga sekiranya kalian meninggalkan maksiat ini dan bertaubat sengan sebenar-benar taubat serta mengamalkan ajaran islam yang sebanar'' sambung asshahid...

orang ramai tergamam..selepas beberapa minit..asshahid pun beredar...

emm....mungkin ada di antara kita yang nak ke disko dan buat benda yang sama macam asshahid...heheehe...ingat dakwah kena secara berhikmah!!

emmmm...ana ada satu benda nak kongsi dengan sahabat sekalian..tentang apa yang boleh kita buat waktu malam...kita tambah saham kita....jom kita p cari CINTA...

CINTA? Nak cari kat mana....

emmm..apa kata malam malam kita pakat cari cinta ALLAH..kita buat qiamullail...

hehehe...ya la, qiamullail adalah salah satu cara kita nak dapatkan cinta,kasih,sayang ALLAH...

awal2 mungkin rasa berat kot..
lama2 mungkin rasa ringan..
dan yang penting dapat rasa kemanisan beribadat.....

emmm..mungkin dalam masa akan datang kita boleh cakap lebih sikit tentang qiamullail ni....ok,jumpa lagi...maaf salah silap...wassalam


pst:kat sekolah ana dulu ada gak program qiamullail....








alhamdulillah dalam cuti semester lepas ana berperanan sebagai wali dalam 2 perkahwinan..
perkahwinan mak cik ana (gambar atas) dan perkahwinan kakak ana(gambar bawah)...(mudahan Allah memberkati cinta mereka sebagai suami isteri)


buah cempedak di luar pagar

Assalamualaikum…salam sejahtera.

Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat la ya.
Ana ( saya) sebenarnya baru berjinak-jinak dalam penulisan blog ni.
Sememangnya,setelah ana melihat beberapa contoh blog dari sahabat-sabahat ana
mahupun blog-blog terkenal yang lain,maka ana merasakan best jugak tulis blog ni.

Dah memang biasa kita dengar pantun ini:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Hehehe….kalau tak silap ana belajar pantun ini masa darjah 1 lagi.Memang ada betulnya pantun ini..

Dan ana pun sememangnya memerlukan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekalian dalam mengendlikan blog ni…

Apa yang sebenarnya yang ana lihat,banyak potensi yang kita boleh gunakan dalam menulis blog ini…

Antara lain ialah semestinya boleh dijadikan sebagai medium untuk berdakwah…
Eeemmmm…dakwah?kadang-kadang telinga kita rasa berat nak dengar perkataan dakwah…ntah mengapa? Tepuk dada Tanya iman kita....

Ana pun tak la mahir berbicara tentang dakwah ni,tapi yang ana tahu dakwah ni kerja Rasulullah…dan Rasulullah ialah sebaik-baik manusia …..dan ana merasakan tidakkah kita merasa bangga melakukan kerja yang dilakukan oleh sebaik-baik manusia…

Kita ada kelebihan masing2…doctor boleh saja berdakwah dengan mengaitkan agama dengan perubatan…engineer bisa saja berdakwah dengan menggunakan pengalaman mereka…..

jadi,jom kita gencarkan dakwah..
hehehe…mulakan dari diri kita dulu….dan sememangnya kita tak lari dari melakukan kesilapan.dan kita yang terbaik sekiranya kita cepat2 bertaubat setelah melakukan kemungkaran atau kezaliman…..

ok,cukup kot bagi post ana yang pertama ni….jumpa lagi…wassalam

pst:cempedak ngan nangka,camna nak beza ek?



cempedak nangka




Pokok cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun(midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk acute hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak dimana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti dimana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.