Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat la ya.
Ana ( saya) sebenarnya baru berjinak-jinak dalam penulisan blog ni.
Sememangnya,setelah ana melihat beberapa contoh blog dari sahabat-sabahat ana
mahupun blog-blog terkenal yang lain,maka ana merasakan best jugak tulis blog ni.
Dah memang biasa kita dengar pantun ini:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Hehehe….kalau tak silap ana belajar pantun ini masa darjah 1 lagi.Memang ada betulnya pantun ini..
Dan ana pun sememangnya memerlukan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekalian dalam mengendlikan blog ni…
Apa yang sebenarnya yang ana lihat,banyak potensi yang kita boleh gunakan dalam menulis blog ini…
Antara lain ialah semestinya boleh dijadikan sebagai medium untuk berdakwah…
Eeemmmm…dakwah?kadang-kadang telinga kita rasa berat nak dengar perkataan dakwah…ntah mengapa? Tepuk dada Tanya iman kita....
Ana pun tak la mahir berbicara tentang dakwah ni,tapi yang ana tahu dakwah ni kerja Rasulullah…dan Rasulullah ialah sebaik-baik manusia …..dan ana merasakan tidakkah kita merasa bangga melakukan kerja yang dilakukan oleh sebaik-baik manusia…
Kita ada kelebihan masing2…doctor boleh saja berdakwah dengan mengaitkan agama dengan perubatan…engineer bisa saja berdakwah dengan menggunakan pengalaman mereka…..
jadi,jom kita gencarkan dakwah..
hehehe…mulakan dari diri kita dulu….dan sememangnya kita tak lari dari melakukan kesilapan.dan kita yang terbaik sekiranya kita cepat2 bertaubat setelah melakukan kemungkaran atau kezaliman…..
ok,cukup kot bagi post ana yang pertama ni….jumpa lagi…wassalam
pst:cempedak ngan nangka,camna nak beza ek?


cempedak nangka
Pokok cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun(midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk acute hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak dimana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti dimana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.
No comments:
Post a Comment